Tuesday, April 30, 2013

Tentang seseorang dari masa lampau

Ada dua kemungkinan bila seseorang dari masa lampau mula menghulurkan tangan nya kembali.
Sama ada dia mahu berdamai atau mula berkira kira untuk mencipta sengketa.Jika sengketa yang ingin dibina, tidak mustahil dia digelar masa lampau.
Peritnya masa lampau itu bila terlalu gelap dan kelam untuk diingati.

Aku mohon layar impian ku bukan tentang seseorang dari masa lampau atau bukan sepertinya masa lampau.harap engkau bukan bayang bayang bersifat kelam.tingkah dan perilaku mu menceritakan segalanya.tetapi bicara mu masih sepi.mohon tidak hanya bermain di tepian hati dan meninggalkan tapak berdaki.kerana sulitnya membersihkan baki yg berduri.menyentalnya belum tentu kembali suci.

Thursday, April 4, 2013

layar impian

Gossip campur nasihat darab pesanan bahagi usik mengusik tolak kena marah setel 3jam bergayut dengan mak kat telefon tak berapa pintar hamba.

Sesungguhnya hamba tak mampu lagi dan tak boleh nak elak daripada tak bercerita segala perihal dengan mak.kadang kadang memang da set da ni tak nak cerita kat mak,ni tak nak habaq kat mak...last2 bila call....perabih semua bagitahu.lepas tu boleh pula mak main passing kat ayah....masuk gol la terus hamba.bila mana pula ayah boleh bagi nasihat tentang perhubungan dan kasih sayang antara manusia......tu diaa....lejen mai perturun semua ilmu.mula mula agak janggal tapi,itu ayah hamba.siapa lagi lebih layak dan kenal anaknya kan?

Sekarang ni mak da pandai da petik quotes dari dr.muhaya.

'amboi mak...pandai da guna ayat dr muhaya sekarang?'
'kawan baik mak tu sekarang'

Dalam hati hamba hanya mampu ucap syukur yg panjang panjang.sesungguhnya nikmat ini terlalu bernilai.

Mana mampu hamba hendak berpaling dari nikmat memiliki seorang lelaki dan wanita tua yg sangat sangat sangat mahu mendengar,menerima,mengguna,menghormati setiap pandangan dan nasihat serta kata kata dari anak anak mereka.kalau di luar sana ada yg mengeluh terpaksa bertegang leher ibu dan anak,hamba mengucap syukur kerana lelaki dan wanita tua ini sudi menadah telinga menerima setiap bait dari kami.

Tahun ini tahun meraikan.tahun ini penuh dengan kejutan.tahun ini bertambah lah kuasa jajahan takluk.tahun ini bermeriahan la kami sekeluarga menerima tetamu mulia.insyaAllah..mohon dipermudahkan semuanya.

Aku tidak tahu ini apa...tapi aku harap kali ini tiada lagi silap.bila mana aku memadankan ia,seolahnya teka teki aku dulu hampir sepadan.hampir serupa dengan apa yg aku mimpikan.jadinya aku susun pelan pelan tiap puzzle itu.takut salah pandang nanti tersalah susun.tapi kalau salah apa hendak dikesalkan.apa hendak ditakutkan.seperti kata dr muhaya 'hanya orang yang tidak takut pada Allah yang takut pada segala galanya,takut pada semua benda'
Jadi kalau betul ini lah jawapan kepada teki teki yg ada,aku mohon dipercepatkan dalam kadar yg slow motion.tahu bagaimana?aku nak cepat tapi tak nak cepat sangat..haha...entah!

Kepada teki teki yg ada....kau serupa dalam layar impian(bukan tajuk filem lama) waktu aku berhingus dulu.serupa!jadi aku harap kau bukan sekadar di layar kali ini.mohon muncul dalam sisi realiti!

Published with Blogger-droid v2.0.10